PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

TUNAIKANLAH AMANAHMU

Amanah merupakan sifat wajib bagi Baginda Rasul SAW dan juga salah satu sifat mahmudah. Sifat ini disebut 10 kali secara khusus dalam al-Quran bagi memberi penegasan agar umat manusia melaksanakan sifat amanah sebagaimana firman Allah SWT dalam surah an-Nisa ayat 58:

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahli yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat”.

Dan dilarang bersifat khianat seperti yang dijelaskan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 27;

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)”.

Penghayatan nilai amanah dalam kehidupan akan membentuk peribadi yang unggul. Islam mengajar umatnya menghayati akhlak mulia dan terpuji seperti dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda;

Sesungguhnya aku diutus bagi menyempurnakan (manusia dengan) akhlak yang mulia” (Riwayat al-Baihaqi).

Amanah wajib dipikul oleh orang beriman dan iltizam dengan tali Allah SWT. Sifat amanah semestinya menjadi asas penting dalam segala aspek kehidupan. Tasawwur islam terhadap nilai amanah bukan hanya dikawal oleh undang-undang dan peraturan zahir samata-mata, Tetapi ianya bermula dari hati yang disirami keimanan kepada Allah dan menjadi sebuah tanggungjawab yang bakal dipersoalkan dihadapan Allah SWT.

Setiap umat Islam wajib melaksanakan amanah yang meliputi beberapa perkara, antara yang paling utama adalah;

Pertama : Amanah Terhadap Hak Allah SWT,

Sesungguhnya orang yang menunaikan amanah Allah SWT ialah orang mengabdikan diri kepada Allah SWT, melaksanakan segala perintahnya, memperjuangkan syariatnya dan meninggalkan larangannya. Ketahuilah pengkhianat yang paling besar ialah mereka yang telah mensyirikkan Allah SWT serta mengabaikan perintahnya.

Lembaran sirah memaparkan sifat amanah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dalam menyampaikan risalah islam agar manusia mentauhidkan Allah SWT dan meninggalkan kekufuran perlu dihayati bersama. Walaupun berhadapan dengan mehnah atau ujian yang berat, dicaci dan dihina, disakiti jasad dan jiwa baginda, ditawarkan kemegahan, kekayaan, harta dan kedudukan namun baginda teguh membawa amanah Allah SWT menyinari hati-hati umat manusia dengan cahaya keimanan.

Dewasa ini kita melihat, semakin banyak tindakan, perbuatan mahupun perkataan yang cuba menggugat pegangan aqidah, memandulkan pelaksanaan syariah dan mencemarkan akhlak dan nilai umat islam di negara kita. Berselindung dibawah gerakan-gerakan yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia, kesamarataan antara jantina dan sebagainya. Hakikatnya merekalah yang menyuntik virus fahaman libralisme, feminisme, sosialisme dan seumpamanya seterusnya menjadi barah menbunuh jati diri umat islam.

Kedua : Amanah Terhadap Hak Sesama Manusia

Setiap manusia yang hidup dalam suasana bermasyarakat mempunyai hak yang wajib ditunaikan. Bermula daripada amanah menjaga diri sendiri kemudian kepada keluarganya, anak dan isteri, jiran tetangga dan ahli masyarakat. Amanah dalam urusan pekerjaan, perniagaan, pentadbiran sehingga kepada kepimpinan.

Misalnya sebagai seorang peniaga atau pengusaha hendaklah mengamalkan sifat yang jujur dan amanah dalam pekerjaannya. Usaha ini bukan sahaja mendatangkan hasil rezeki malah akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Hadis daripada Abi Said al-Khudri R.Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda;

Peniaga yang sentiasa jujur dan beramanah, akan bersama para Nabi, golongan siddiqqin dan orang-orang yang mati syahid”. (Riwayat At-Tirmizi).

Hadis ini menjelaskan kesan positif dalam mengamalkan sifat amanah yang menatijahkan kebaikan didunia dan ganjaran yang baik yang dijanjikan Allah SWT.

Namun realiti hari ini memperlihatkan kebejatan sosial yang kian meruncing lantaran hilangnya sifat amanah dalam pekerjaan,pentadbiran dan kepimpinan.

Oleh itu pentingnya sifat amanah kerana amanah itu adalah sifat orang-orang mukmin. Ingatlah pesanan Nabi SAW sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.Anhu bahawa Nabi SAW bersabda;

Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah, dan tidak sempurna iman orang yang tidak menepati janji” (Riwayat Imam Ahmad).

Ketandusan nilai amanah memberi kesan yang cukup besar dalam kehidupan seterusnya akan mengheret sesebuah tamadun ummat itu ke lembah kebinasaan. Zahirnya penindasan, bermaharajalelanya penyalahgunaan kuasa, rasuah dan peningkatan kadar jenayah dan pelbagai kerosakan kerana pengabaian sifat amanah dalam kehidupan.

Apa yang lebih teruk lagi ialah hilangnya keredhaan dan keberkatan daripada allah SWT. Apabila seseorang itu tidak mempunyai sifat amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya dengan melakukan penyelewengan dan pecah amanah, maka rezeki yang diperolehi tersebut adalah dari sumber yang haram,sehingga menghilangkan keredhaan Allah dan mendatangkan kemurkaan-Nya. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 107 :

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa”.

Menyedari besarnya implikasi jika umat islam mengabaikan sifat amanah, Mimbar hari ini menyeru supaya para jemaah menginsafi beberapa perkara tersebut, antaranya;

1. Umat islam wajib percaya dan yakin bahawa Nabi bersifat amanah, maka umat Islam terutama para pemimpin wajib bersifat amanah.

2. Umat islam hendaklah menyedari bahaya mengkhianati amanah kerana akan merosakkan diri, keluarga dan masyarakat disamping akan mendapat balasan yang buruk di akhirat.

3. Setiap orang Islam hendaklah menunaikan segala amanah kepada diri, keluarga dan masyarakat utnuk menjamin kebahagiaan didunia dan akhirat.

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan”. (al-Ahzab ; 72).




Petikan Khutbah Jumaat JAIS  05Mei2017

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...