PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI
KULIAH MAGHRIBPERDANA
KULIAH MAGHRIB PERDANA
TAJUK : HUSNOLQOTIMAH
PENCERAMAH : MAULANA WAN HELMI
TARIKH : ISNIN 26 MAC 2018
MASA : SELPAS SOLAT MAGHRIB
TEMPAT : DEWAN SOLAT,
MASJID TAMAN CHERAS JAYA
CHERAS SELANGOR
SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR.
MUHASABAH DAN AZAM
Sesungguhnya muhasabah boleh diertikan sebagai menilai semula segala amalan yang telah dilaksanakan pada masa yang lalu, sama ada untung atau rugi, bahagia atau sengsara dalam kehidupan yang dinisbahkan kepada iman atau kufur, taat atau maksiat, baik atau buruk serta pahala atau dosa. Muhasabah juga menuntut kita untuk memikirkan perjalanan hidup kita sama ada kita semakin dekat dengan Allah atau semakin jauh dari Allah. Dalam hal ini kita perlu menyedari tentang kedudukan diri kita, dari mana kita datang? Kenapa kita hidup di dunia ini? Dan kemana kita akan pergi? Ingatlah bahawa Allah SWT menyuruh kita mempersiapkan bekalan yang kita akan bawa pergi selepas kematian nanti.
Firman Allah SWT dalam surah al Hasyr ayat 18:
Maksudnya : “Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri melihat dan memerhatikan apa yang telah dilakukannya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan”.
AKHLAK MULIA, IBADAH SEMPURNA
Agama Islam amat menitik beratkan soal akhlak dalam kehidupan seharian. Antara misi dakwah utama yang dibawa dan disampaikan oleh Rasulullah SAW adalah untuk membina akhlak manusia. Akhlak merupakan roh Islam, agama tanpa akhlak diibaratkan seperti jasad yang tidak bernyawa.
Akhlak adalah bermaksud budi pekerti, kelakuan, tingkah laku yang baik. Dijelaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya yang menyebutkan ketinggian akhlak nabi dalam surah al-Qalam ayat 4:
Maksudnya :
“Sesungguhnya padamu (Muhammad) akhlak yang tinggi”.
Akhlak yang mulia merupakan tingkah laku yang terhasil daripada diri seseorang itu melalui sikap dan keperibadian yang ditonjolkannya. Realitinya, akhlak terpuji mampu menawan hati orang lain sebagaimana akhlak Nabi SAW. Keunggulan dakwah dan tarbiah nabi adalah terletak pada akhlaknya manakala akhlak yang buruk pula adalah sangat dibenci sehingga Rasulullah pernah memohon perlindungan Allah supaya terhindar daripada akhlak yang buruk sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Qutbah bin Malik R.Anhu bahawa Nabi SAW berdoa:
“Ya Allah, aku momohon perlindungan-Mu daripada kemungkaran akhlak, amalan yang buruk dan hawa nafsu yang jahat”. (Riwayat at-Tirmizi).
TUNAIKANLAH AMANAHMU
Amanah merupakan sifat wajib bagi Baginda Rasul SAW dan juga salah satu sifat mahmudah. Sifat ini disebut 10 kali secara khusus dalam al-Quran bagi memberi penegasan agar umat manusia melaksanakan sifat amanah sebagaimana firman Allah SWT dalam surah an-Nisa ayat 58:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahli yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat”.
Dan dilarang bersifat khianat seperti yang dijelaskan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 27;
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)”.
Penghayatan nilai amanah dalam kehidupan akan membentuk peribadi yang unggul. Islam mengajar umatnya menghayati akhlak mulia dan terpuji seperti dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda;
“Sesungguhnya aku diutus bagi menyempurnakan (manusia dengan) akhlak yang mulia” (Riwayat al-Baihaqi).
Amanah wajib dipikul oleh orang beriman dan iltizam dengan tali Allah SWT. Sifat amanah semestinya menjadi asas penting dalam segala aspek kehidupan. Tasawwur islam terhadap nilai amanah bukan hanya dikawal oleh undang-undang dan peraturan zahir samata-mata, Tetapi ianya bermula dari hati yang disirami keimanan kepada Allah dan menjadi sebuah tanggungjawab yang bakal dipersoalkan dihadapan Allah SWT.
PEKERJAAN SEBAGAI HAMPARAN SEJADAH
Islam memandang mulia kepada orang yang bekerja dan membenci orang-orang yang malas dan suka meminta-minta. Nabi SAW mengingatkan melalui hadis riwayat daripada Zubair bin al-Awwam R.Anhu dengan sabdanya bahawa;
Maksudnya :
“Sekiranya seseorang darimu membawa tali pergi memberkas kayu, dan dipikul di atas belakangnya, kemudian dijual, lalu Allah memelihara air mukanya, itu lebih baik dari dia meminta-minta sama ada diberi atau tidak”.
Sesungguhnya para nabi Alaihimus Solatu Wassalam yang telah diutuskan juga bekerja. Nabi Adam bertani, Nabi Idris tukang jahit, nabi Nuh dan Zakaria tukang kayu, Nabi Daud bertukang besi. Nabi Musa mengembala kambing. Nabi Muhammad juga berniaga. Begitu juga dengan para sahabat. Abu Bakar AS-Siddq menjual pakaian, Umar Bin al-Khattab mengusahakan perniagaan kulit, Uthman bin Affan seorang pedagang yang amat berjaya, Begitu juga dengan Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah, az-Zubair bin al-Awwam, Amr bin al-Ash dan lain-lain sahabat Radiallahu Anhum. Para sahabat memiliki pekerjaan masing-masing dalam rangka mencari penghidupan di dunia bahkan mereka menggunakan harta pencarian mereka untuk diinfaqkan kejalan Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)