PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

30 wasiat Imam Syafie’ (Wasiat 1- 10 )

Di petik dari buku berjudul 30 Wasiat Imam Syafie oleh Khairul Ghazali, 2006.

Wasiat 1 : Belajar dan Mengajarkan Ilmu:
 
Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ianya menjadi amalan para nabi, rasul dan orang-orang soleh.”
– Imam Syafie
 
Ilmu yang sebenar-benarnya adalah ilmu yang mendekatkan kita kepada Allah . Tidak kira ilmu akhirat seperti tauhid ataupun ilmu dunia seperti sains dan matematik kerana kedua-dua jenis ilmu ini mengajar kita akan kewujudan dan kekuasaan Allah yang tidak terbatas.

Wasiat 2Memilih Makanan yang Halal
 
Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.”
–Imam Syafie.
 
Dalam hadis yang dinyatakan oleh Tirmizi, nabi bersabda “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.”

Wasiat 3 : Memperbanyakkan Lima Perkara
 
1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
  2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
  3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
  4. Jangan menyebut-yebut kebaikan diri dan keluarga.
  5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.”
–Imam Syafie.
 
Nabi Muhammad pernah mengingatkan umatnya berkenaan menggunakan lima kesempatan sebelum tiba lima bencana iaitu muda sebelum tua, lapang sebelum sibuk, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati.

Wasiat 4 : Sabar dengan Musibat, Syukur dengan Nikmat
 
Sabar menghadapi musibat adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Adapun bala dan musibat, ia menunjukkan adanya perhatian dan kasih saying Allah . Oleh itu, syukurilah ia kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.”
–Imam Syafie.
 
Musibat dan nikmat adalah cubaan daripada Allah supaya manusia sedar dan kembali mengingati kekuasaan Allah . Manusia mempunyai sifat yang berbeza terutama dalam menghadapi susah, musibat, bala, malapetaka, kesenangan dan kenikmatan.

Wasiat 5 : Menziarahi Orang Sakit
 
Apabila salah seorang di antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, hendaklah ringankan langkah untuk menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah .”
–Imam Syafie.
 
Barang siapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah , maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkahmu dan ambillah tempat tinggalmu di dalam syurga.

Wasiat 6Hindari Perasaan Marah
 
Marah adalah salah satu di antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”
–Imam Syafie.
 
Apabila marah diperturutkan, ia membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tersisa kecuali barah dan debu.

Wasiat 7 : Mengasihani Anak Yatim
 
Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah SAW juga tergolong sebagai anak yatim dan baginda akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak yatim di akhirat.”
–Imam Syafie.
 
Membiarkan anak yatim bererti kita mengkhianati agama dan menghina mereka. Ini bererti kita turut membenci Nabi Muhammad yang juga anak yatim piatu. Bimbinglah mereka ke jalan yang diredai Allah dan jauhilah mereka daripada jalan kesesatan.

Wasiat 8 : Berbakti kepada Ibu Bapa
 
Berbuat baik dan tunjukkan baktimu kepada ibu bapamu tanpa mengenal letih dan lelah sebagaimana mereka telah berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ianya akan menambah keberkatan pada umurmu, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosamu.”
–Imam Syafie.
 
Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa-dosa besar. Keadaan ini jelas berdasarkan sabda nabi yang dinyatakan oleh Bukhari, “Sebesar-besar (daripada) dosa besar ialah menyekutukan Allah , membunuh manusia, derhaka kepada dua ibu bapa dan menjadi saksi palsu.”

Wasiat 9Amal Soleh sebagai Perisai
 
Berbuatlah sebanyak-banyaknya amal soleh kerana ia merupakan pendinding dan perisai orang Mukmin dan pelindung daripada serangan iblis.”
–Imam Syafie.
 
Semua amalan itu bukan untuk Allah , tetapi untuk keuntungan pengamalnya sendiri. Allah tidak memerlukan kita dan amal soleh kita sedikit pun. Sebaliknya, kitalah yang memerlukannya.

Wasiat 10 : Takwa Membuahkan Insan Berjaya dan Cemerlang
 
Takwa merupakan pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ianya ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ianya juga memberi kejayaan dan kemenangan.”
–Imam Syafie.
 
Nabi Muhammad pernah bersabda dalam hadis yang dinyatakan oleh Tirmizi, “Bertakwalah kamu di mana saja berada, iringilah setiap perbuatan dosa dengan amalan kebaikan yang akan memadamkan dosa itu dan pergaulilah manusia dengan akhlak terpuji.”


30 wasiat Iman Syafie' (Wasiat 11 - 20) (Klik)
30 wasiat Iman Syafie' (Wasiat 21 - 30) (Klik)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...